FAQ 1: Bagaimana cara untuk mendapatkan salinan pelan bangunan?

Pemohon perlu mengemukakan surat dengan menyatakan pelan nama bangunan yang diperlukan dan tujuan permohonan tersebut.

FAQ 2: Bagaimana cara membuat permohonan ubahsuai dan naik taraf?

Pemohon haruslah membuat permohonan secara bersurat dan menyatakan keperluan (need) ubahsuai atau naik taraf yang hendak dilakukan

FAQ 3: Kenapa aduan kerosakan awam mengambil masa yang lama untuk dibaiki?

a. Setelah aduan di terima oleh JP, aduan akan diperiksa dalam tempoh 24 jam waktu bekerja.
b. Aduan akan diklasifikasikan mengikut jenis kerosakan dan keadaan semasa.
c. Tempoh pembaikan adalah berdasarkan penilaian di atas.
d. Aduan akan diberikan kepada kontraktor untuk kerja-kerja pembaikan.
e. Setelah Pesanan Belian (PO) diperolehi, baharulah kerja-kerja pembaikan dibuat.

FAQ 4: Berapa lama tindakan akan diambil selepas aduan kerosakan dibuat?

Skop Kerja /Tempoh Tindakan pembaikan
Mekanikal Kerosakan Minor 1 minggu, Kerosakkan Major < 1 bulan.
Elektrikal Kerosakan Minor 1 minggu, Kerosakkan Major < 1 bulan.
Awam Kerosakan Minor 1 minggu, Kerosakkan Major < 1 bulan.
Pembersihan 1-7 hari
Landskap 1-7 hari
Kawalan Perosak 1-7 hari